Memaparkan catatan dengan label Situasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Situasi. Papar semua catatan

Fragmen

Khamis, 31 Disember 2015




"Apa moment yang korang paling ingat sepanjang tahun 2015 ni?" Soalan random aku ajukan kat kawan serumah. 

"Entah, tak fikir pun lagi." 

Agak krikk-krikk-krikk pada mulanya tapi at least ada la juga respon daripada seorang kawan, walaupun hanya satu jawapan.

Tapi jawapan spontan yang satu itulah yang bikin aku tersentak. Ke aku je yang suka sangat fikir-ingat hal-hal yang dah lepas. Kenangan-memori, bikin aku khayal bila terimbas-ingat semula. 

Well, ke memang sebab aku ni mamat yang pathetic-hopeless-melancholy-bajet-payah-nak-move-on kot so memang payah la nak let go bagai ni kan. Geli.

Banyak yang berlaku dalam hidup aku sepanjang tahun ni. Ayat klise setiap kali.

Aku sedar yang tahun ni baru satu post entry kat blog ni. Perghhh gila malas. (Tak siapa peduli pun).

Haa nah amekaw, #HighlightOfTheYear #MomentOfTheYear #gittew.

---------------------------------------------------------------

1) Merayap. 


Winter Trip 1: Tasmania. 
Ini adalah trip paling jauh, paling best dan paling melekat di hati. Hiperbola sangat bunyinya tu tapi memang betul, aku enjoy gila trip kali ni. Kami pusing satu pulau Tassie tu start daripada Hobart dan menjelajah ke tempat-tempat menarik samada yang dah di-plan dan tak plan. Ala-ala road trip, selama hampir seminggu. Masa ni bulan puasa dan disebabkan musim sejuk so takde la rasa lapar sangat. Apa yang boleh aku bagitau in general, Tassie ni, nature dia closest to New Zealand. So kalau tak mampu nak pergi NZ, datang je sini. (Next year gua aim for NZ.)

Winter Camp: Tak ingat nama tempat tu.
Walaupun tak berapa nak macam kem sangat sebab tidur dalam bilik ber-heater dan bertilam, complete dengan bilik air bagai. Apa yang bestnya camp kali ni, adalah dapat jumpa dengan student Malaysia daripada state lain. Gathering ni dibuat setiap tahun oleh student-student Msia kat Oz ni dan kali ni Melbourne jadi tuan rumah. So masa ni banyaklah activity yang terisi macam talk/sharing ilmiah, rohani dan jasmani. 

Winter Trip 2: Mount Baw Baw.
Pergi gunung nak main salji, tapi salji takde! Hahaha... Well bukanlah takde terus cuma tak seperti apa yang diharapkanlah, sebab salji yang ada tu macam salji tiruan. Masa kami pergi tu rasanya dah nak dekat hujung-hujung winter season. Datang tempat ni sebab kat situ je lah gunung bersalji yang paling dekat dengan Melbourne. Tapi at least merasalah gak 'salji' kan. Oh dan merasalah juga sakit bontot sebab jatuh masa main snowboarding/surfing. 

Autumn Trip: Camping at Grampian.
Ini antara camping paling best bagi aku. Memang kami tidur dalam khemah dekat camping site yang sebenar, dekat dengan gunung yang agak famous kat Victoria ni iaitu Grampian (National Park). Apa yang best adalah hiking ke puncak (bukan puncak paling tinggi) sejauh lebih kurang 5km, kot. Kami camping selama lebih kurang 2 hari 2 malam. Ada perkara yang terjadi masa kat camping site ni, alkisahnya ada jiran camp kami tak puas hati sebab kami bising, rupanya dia terganggu dengan kami masa kami solat Subuh. "It's too early, please respect the others as well..." macam tu la lebih kurang ayat mat salleh tu. Sudahnya, dia pindah tempat lain. Hahaha.

Summer Camp: Ballarat.
Ini juga gathering, untuk student Malaysia yang tak balik waktu Summer Break. Ini adalah camp/gathering paling best sebab tak terasa macam camp sebelum-sebelum ni. Banyak buat activity dan main game, plus tak lama pun, waktu weekend je. Aku try naik flying fox (walaupun gayat) dan main kayak kat tengah tasik (walaupun takut air). Apa yang aku belajar kali ni; "Overcome your fear, just do it!" Tapi aku still penakut. Heh. 

Short Trip: 1000 Steps Trails, Dandenong Ranges.
Mengah bukan main lagi sebab hiking panjat tangga. Tercabar betoi sebab masa tu ramai je pakcik, makcik yang jauh lebih tua dan awek-awek slumber je hiking sama macam takde apa. Lol. 

Short Trip: Great Ocean Road.
Alkisahnya aku jumpa seorang mamat ni yang konon nak backpacking ke Melbourne. Kenal daripada kawan aku punya kawan. Mamat ni takde plan specific nak ke mana-mana, so minta aku jadi tourist guide. Dan dia ada kisah tersendiri bila terjumpa another fellow Malaysians yang datang trip ke sini gak. Dua orang gadis. Bila dia cerita scene dia jumpa minah dua orang tu memang bikin aku gelak, konon macam drama melayu habis woi. So long story short, mamat ni ada kenal seorang Mamat German yang kebetulan backpack gak dan kami plan untuk buat road trip ke Great Ocean Road - antara tempat yang wajib dilawati di Victoria. 


2) Tujuan utama: Study!

Design Studio
- Tahun ni bermakna aku dalam second year pengajian aku kat Universiti tu. Announced as best design school in Australia and ranked at 20th in the world. Hah power tak? konon je tu. heh. Disebabkan diorang dah restructured keseluruhan course aku ni dan sistem baru telah digunakan, which is untuk major subject - Design Studio, second year student akan digabungkan dengan third year student.

- Untuk semester 1, aku dapat option studio yang aku tak berapa suka. Salah aku gak sebab keliru dengan sistem baru tu, aku lambat register untuk subjek tu dan aku dapat option yang tak best. Nama option studio tu adalah Design Documentaries. Aku buat project ala kadar je sebab tak berapa berkenan dengan option ni, well ada gak rasa nak give up tapi aku terus je redah. 

- Semester 2, aku dah prepare dan aware dengan sistem baru tapi malangnya semua pilihan dalam option studio tu aku tak suka. End up aku tersalah pilih subjek, subjek tu sesuai untuk perempuan sebab kami collabrate dengan student daripada course fashion & Textile untuk create a bussines model for a charity based organisation. Towards the end, subjek ini sebenarnya menarik walaupun banyak rintangan yang tak berapa best sebab ini group project, aku da dapat group member yang agak selfish tapi alhamdulillah semuanya ok je. Heh.

Elective Subjects
Tahun ni aku buat subject elective yang aku minat sangat-sangat. Cinema Studies, dapat belajar ilmu filem walaupun tak banyak dan yang paling awesome adalah kitorang akan tonton filem dalam wayang (hall) dan akan review/sharing dalam kelas. Broadcast Media pula, aku di-exposed-kan dengan dunia TV dan Radio, walaupun tak seperti apa yang diharapkan, at least ada la juga pengalamankan, so subjek ni lebih kurang apa yang aku dah belajar waktu buat Diploma dulu. 

Are you a designer, mate?
Antara benda yang aku belajar dalam second year ni adalah, bagaimana lecturers aku sedaya upaya mengajar studentnya dengan bagi semangat, inspirasi dan tips/advices on how to be a good/better designer, bila dah kerja nanti. Plus kali ni project yang kami buat memang ditekankan untuk buat macam professional portfolio. Dan tahun ni memang banyak exposure daripada orang-orang industry. Perkara-perkara macam ni buat aku tak menyesal datang study kat uni ni. Well, best design school in Oz kot! #poyo


3) Freelancing ke?

Agak geli guna perkataan freelancing ni sebab aku takde sangat job best untuk tahun ni. Selain job biasa untuk logo design adalah gak dapat 3 job poster, yang mana cuma 1 je yang betul-betul lepas, iaitu untuk poster untuk filem Coverina. Satu poster untuk filem Harmonika, yang pengarahnya minta aku buat tapi aku tak start design lagi sebab filem ni dijangka siap dan akan tayang tahun 2016 nanti. Lagi satu poster untuk filem Mat Moto, yang ni agak tak puas hati sikit sebab pengarahnya langsung tak bagitau aku yang dia dah hire designer lain buat. Tapi aku tak kisah pun sebab mula-mula memang tak berapa setuju nak buat sebab dia offer harga yang kurang berpatutan dan aku tolong atas dasar kerana pengarahnya adalah boss lama aku. 

Tahun depan insyaAllah akan polish lagi skill design dan portfolio aku dan akan betul-betul serius approach producer filem kat Malaysia. Dan akan cuba try advertise untuk cari client international pula. InsyaAllah.


4) Pindah rumah, City life.

Konon naw city life kau! Hahaha setelah menjadi manusia nomad yang menumpang rumah orang lain sana-sini, dan setelah hampir 2 bulan mencari rumah akhirnya aku dan housemate aku dapat juga rumah, yang letaknya memang betul-betul ditengah bandar Melbourne ni.

Walaupun rumah (apartment) ni takde facilities menarik macam swimming pool, gym dan parking, selain berada dalam area free tram zone, rumah ni ada rooftop! (Ayat lebih kurang post instagram lol)

Yup, next year akan pindah ke rumah baru kat area suburb, yang tak jauh sangat dari uni dan city. 


5) Masak-memasak-masaklah-kau! 

Pencapaian terbaik setakat ini selain Karipap, adalah Rojak Mee! Alkisahnya sebab tiba-tiba mengidam nak makan rojak mamak punya pasal dan end up aku buat sendiri. Sumber resepi, macam biasalah - Google.

Honorable mention: Nasi Lemak, Begedil, Nasi Daging, Mee Sup, Mee Kari, Mee Hailam, Curry Butter Chicken.


6) Al-fatihah.

Terduduk aku lepas dapat berita mengejut tentang pemergian orang yang aku betul-betul tak sangka akan pergi, selamanya. Orang yang banyak sangat berjasa dan orang yang aku akan look up to, for an advices dan macam-macam hal lain. 

Semoga kau tenang kat sana Abang Wan!


7) Geng Baru.

Tahun ni ada Geng Mengopi, sambil mengopi sambil sembang sharing macam-macam cerita. 
Selain itu aku kadang-kadang jadi tourist guide tak bertauliah kalau ada orang (Yang alkisahnya kawan-kepada-kawan-kepada-kawan) yang datang dari Malaysia. tak kisahlah melancong ke atau datang berkerja. Well, it's nice to meet new people kan?


8) Surprise!

Surprise Birthday event yang memang betul-betul surprise daripada kawan-kawan aku. Walaupun aku dah gigih hide-kan kat FB supaya takde siapa tahu tapi tetap kantoi gak. #BroTerharu


9) #BroNakSihat #BroNakFit

Harap kali ni bukan hangat-hangat najis ayam lah kan. Dah cuba seminggu - 'No Nasi Challenge', alhamdulillah berjaya, walaupun ada sikit kantoi tapi tak menjejaskan challenge tu pun. Konon. 
Lepas tu aku teruskan challenge tu, diet nasi dan kurangkan makan benda-benda manis dan apa yang lebih penting, konsisten untuk exercise (jogging & workout) setiap hari. Nope, aku tak pergi gym pun, buat sendiri je, jogging kat taman dan buat cardio dalam bilik. Dah hampir sebulan, adalah gak rasa sikit perubahan walaupun tak banyak kan, well, at least I'm trying to change. 

Semoga terus istiqomah. Ehem.



---------------------------------------

Sepanjang tahun ini, aku akui memang ada ketikanya rasa down dan rasa nak quit, dan nak balik Malaysia je, sebab agak stress (konon) dengan project yang berlambak bagai. Tapi bila tiap kali benda macam tu jadi (rasa down etc) aku akan cuba ingat balik perkara-perkara teruk dan apa yang dah aku lalui sebelum aku sampai ke bumi Oz ni dulu. Yup, pengalaman memang banyak mengajar kita, indeed. 

Semoga kita semua kekal berhikmah, bersabar, bertabah dan kuat untuk hari mendatang! 

Sekian, cebisan kenangan review sepanjang tahun untuk 2015. Untuk tatapan diri sendiri di kemudian hari. Heh.


Fuhh mencabar betol type on the spot tanpa save draft bagai ni. Lol. 

So long 2015! It's been a great year with you! 


p/s: bajet nak buat ulasan pendek bergambar je tapi... :P

Ketentuan

Selasa, 30 Disember 2014





"Weh kau update la blog slalu. Letak gmbr byk2... gmbr2 kt sana..."

"Blog? Aku update ikut mood kot heheh... Kelmarin baru update rasanya..."

"Pasal aku bca smlm la yg aku suruh kau update. Kan kau ada tulis ada ke orang yg nak baca ke apa ntah..."


Dialog diatas tu adalah perbualan whatsapp aku dengan seorang rakan. Masa tu aku masih kat Melbourne dan sedang berkira-kira dan konon berada dalam dilema, nak balik Malaysia ke tak.

Niat nak update blog tu memang ada, memang banyak cerita yang nak diceritakan yang rasa macam nak share. Tapi tu la kan, nak kata malas, ya. Nak kata takde masa, ya juga. Nak kata lupa pun ya juga. Terlalu banyak peristiwa dan pengalaman yang yang dah aku lalui, sampai aku rasa macam; 'biarlah... just let it be, feel the moment' konon. Walaupun ada planning nak update nanti. But then, nanti-nanti tu jadi sampai tak menjadi. Cukup sekadar ambil gambar share kat Instagram dan Facebook je. Entry haritu, aku kata takde sapa peduli takde sape kesah pun, well sekarang at least aku tau la ada juga yang sudi jengah ke sini kan. Thanks kawan. (You know who you are.) *terharu*

Alkisahnya, dah hampir sebulan aku kat Malaysia sebenarnya. Ya, aku pulang juga akhirnya.

"Eh awalnya kau balik... macam baru lagi je kau fly haritu kan?" - Ayat konon terkejut orang-orang yang aku jumpa termasuklah kawan-kawan dan sedara-mara. Ya betul, memang awal pun. Kalau ikutkan memang aku plan nak balik lepas setahun stay sana tapi tu lah kan, kita ni hamba yang mampu merancang je kan? Konon. Selain daripada soalan pasal balik awal tu dan pasal minta souvenir, aku rasa macam dah jenuh nak mengadap beberapa sesi interview orang ramai yang sibuk tanya itu-ini pasal aku kat negara Mat Saleh tu. Poyo je. Cakap pasal poyo, ada beberapa awkward moment yang aku alami semasa berada kat sini, contohnya; terkial-kial nak bawa motor kat jalan, nak guna kad myki (kad pass train) kat gate LRT, nak tekan button untuk buka pintu LRT yang padahal takde button tu, dan yang paling tak bleh bla aku banyak kali tersasul sebut Dollar instead of Ringgit.

"Baru 6 bulan kat sana dah camni gayanya, kalau 6 tahun nanti camne la gamaknya! Poyo je kau ni!" - Selar seorang rakan.

Berbalik kepada perbualan mula-mula di atas tu, aku contact dia haritu sebab nak tanya pasal trip by train daripada selatan ke utara semenanjung Malaysia. Alkisahnya sebenarnya trip by train ni memang dah jadi impian aku sejak zaman kolej dulu. So bila aku huhahuha berkicau konon nak buat trip ni dulu, ada la kawan yang nak join. Tapi, macam yang dah aku mentioned kat perenggan atas tu soal merancang bagai tu la (tak nak ulang ayat sama. haha.) Trip tu tak menjadi, sejak zaman kolej, membawa kepada masing-masing dah buat haluan sendiri dengan ada yang sibuk dengan kerja apatah lagi yang dah menikah dan mempunyai anak.

Kononnya sebelum aku balik Malaysia, aku dah buat to-do-list aku punya aktiviti sepanjang summer break ni la. Daripada nak update resume/portfolio, upgrade skill sketching guna wacom, kemas file/data dalam external hard disk, buat 2-3 job freelance serta yang paling aku excited; travelling. Hampir sebulan dah aku kat tanah tumpahnya darahku ni, semuanya belum pun terlaksana dengan jayanya sebab masa aku banyak dihabiskan depan lappy mengadap movie-movie yang semakin banyak aku download jadi koleksi. Memang tak productive langsung. Travelling tu plak aku rasa trip aku hanyalah ulang-alik KL - KB je.

Pulang ke Kota Bharu, perkara yang paling aku suka adalah; Makan. "Angah nak makan apa?" - Itu ayat Mama yang aku tanpa segan silu jawab dengan menyenaraikan nama-nama masakan kegemaran aku macam baca menu kat restoran. Walaupun nampak penat, Mama tetap masakkan juga apa yang aku mahu. *Terharu* Mama sekarang jaga 2 orang anak orang (sedara aku juga sebenarnya), yang berumur 3 tahun dan seorang lagi, 7 bulan (gambar di atas). Oh, dua-dua tu muka macam cina, yang kalau aku dukung dan usung dorang ni ke mana-mana, orang sekeliling akan tanya; "Anok ko tu Abe weh?!" heh.

Seperti yang semua orang sedia maklum, tragedi banjir besar telah melanda negara kita di hujung tahun ni. Musim Monsun kali ni dilaporkan paling teruk dalam sejarah negara. Hujan yang kerap dan lebat sepanjang aku di Kota Bharu membuatkan pertanyaan rutin setiap tahun berulang soal banjir ke tak, dijawab dengan yakin;

"Kalau banjir pun biasalah, musim dia dah kan hujung-hujung tahun ni kan..."

Itu respon Mama aku. Ya betul, memang sekarang dah memang musim banjir seperti yang negeri-negeri di Pantai Timur Malaysia alami saban tahun. Tapi siapa sangka, ianya bakal menjadi seteruk dan sedasyat seperti apa yang telah melanda sekarang ni? Tragedi. Alhamdulillah, walaupun rumah Mama aku tak dinaiki air dan kawasan kampung nenek aku yang tenggelam teruk, semua ahli keluarga dan saudara-mara aku selamat.

Ketika hari air banjir mula bah, aku pergi ke KL atas beberapa urusan yang telah dirancang daripada awal. Bila tiba di KLIA2, Tiba-tiba bertalu text masuk daripada rakan-rakan bertanya keadaan aku dan family di KB, aku jadi cuak. Rupanya dah gempar berita banjir semakin teruk melanda Kelantan dengan beberapa kawasan telah terputus hubungan. Call Mama, dan ini respon yang aku dapat;

"Rugi mu dah g KL, kalau tak doh boleh main air dah kat sini!"

Kemaen happy naw bunyi suara orang tua tu. Beliau tak nak aku risau mungkin.

Sampai perenggan ni, aku scroll ke atas balik. "Apa yang aku merapek panjang-panjang ni?" Getus hati aku. Konon. Ye la, mula-mula tadi memang takde idea, so nak update post pendek je, konon ala-ala post entry terakhir 2014. Sudahnya kemaen panjang naw aku menaip. Dah pukul 3:15am pun.

Semalam waktu begini aku dapat text whatsapp dari adik aku kat KB; "Banjir dah surut." Alhamdulillah.

Nampaknya, tirai 2014 ditutup dengan sebuah lagi tragedi. Selain banjir, kita diuji dengan nahas pesawat Air Asia QZ8501. Tahun Tragedi buat Malaysia dengan beberapa bencana alam dan nahas kapal terbang yang besar. *Dah macam laporan berita*


"Tahun ni tahun tragedi Malaysia kan? daripada MH370, MH17, kemarau, ribut bagai.. lepas tu sebelum tragedi banjir ni apa je lagi tragedi yang besar?" Soal seorang kawan yang aku give up malas nak jawab dan akhirnya dengan yakin dia jawab;

"Bila Malaysia kalah AFF Suzuki Cup haritu!" Fuhh memang tragedi gak tu. Lol.

Aku reply;

"Aah kan... kita macam dah nak hampir pasti menang... semua orang yakin betol yang kita memang boleh menang time tu tapi...."

"Ketentuan Tuhan, bro..." Kawan aku tu terus mencelah.



KiTA:  "Kau balik je, macam-macam bencana..." - Ayat chat dgn seorang rakan di Sweden. Dia jeles la tu sebab tak dapat balik Malaysia. Siapa suruh kerja jauh-jauh. Dok diam kau sana main salji. Hahaha...


p/s; Carca marba betul entry kali ni ya? macam banyak pulak dialog perbualan ye? haha...
     

Selamat Tinggal 2014, 

Selamat Datang 2015! 



Dilema

Khamis, 20 November 2014



Hampir empat bulan senyap. Hampir terlupa, oh blog ni ada lagi ek?

Semester pertama aku kat uni tu dah habis dan dah nak dekat sebulan kot summer break. 

Banyak hal dah jadi sepanjang empat (ke lima) bulan aku kat sini, don't feel like sharing. Well, bukan ada yang peduli pun.


Dilema 1: 
Semester depan kena ambil subject elective. Aku tak tahu nak ambil subject apa. 

Dilema 2: 
Summer break dah nak sebulan. Duit dalam saving account dah susut. Disebabkan kerja takde satu pun yang lekat (melainkan kerja-kerja amal), so perlu ke aku lari balik Malaysia je?

Dilema 3:
Kalau balik Malaysia nanti nak buat apa je?



KiTA: Belum sempat nak usap-usap kepala Kangaroo pun sebenarnya sebab dulu masa jumpa binatang tu pakat dok lari sebab terkejut takut kena tendang. 




Rindu

Rabu, 28 Mei 2014


Ini adalah kopis-pasta daripada status Facebook aku, tentang Beliau yang aku Rindu.

---------------------------

        Program 999 TV3 malam itu buatkan aku teringat sesuatu;

5 tahun lepas, ketika terjadinya peristiwa itu aku bertanya, dalam kebingungan. "Kenapa nak kena letak bendera Malaysia plak kat situ?"

"Dia kan anggota. Perwira Negara. Dia pergi masa tengah bertugas kan?" Slumber Pakcik rakan setugas Beliau tu menjawab. Aku hanya menjawab 'Ooo' dalam hati. Kot. 

Bila kami anak-anak ni beriya tengok Gerak Khas, Beliau akan mula membebel; "Mana ada camtu mana ada camni..." Beliau cukup tak suka tengok drama tu, katanya kerja Dia bukan la camtu sangat pun, sebab dalam drama kena la nampak bagi elok. Kot. (Tapi Beliau tak pernah miss tgk 999.)

Teringat gak Beliau pernah ada pesan camni: "Nanti dah besar. Jangan jadi Polis."

dan aku tak ingat ada ke tak aku tanya kenapa Beliau cakap camtu, masa tu.

Masa sesi mesyuarat tingkap dulu-dlu aku pernah terdengar makcik-makcik tu tanya kat Mama; "Siapa la agaknya anak-anak kau akan jadi anggota nanti kan?"

Cepat-cepat aku balas. "Bukan aku!!!" dalam hati. Hahaha.

Aku bukanlah membenci dan aku takkan halang kalau ada antara adik-adik lain nak ikut jejak langkah Beliau. Rezeki Tuhan, siapa tahu kan?

Untuk Perwira Negara yang terkorban. Semoga tenang Kau di sana.
Al-Fatihah.

*TabikSpring*



---------------------------

        Ketika itu ada kenduri kahwin jiran kami dan khemah karaoke didirikan di depan rumah kami (bekas rumah kami sebenarnya di Sg. Buloh, sebelum kami berpindah ke Kelantan pada 2012). Dj memainkan lagu 'Pelangi Petang' - Sudirman. Hati yang tersedia sayu, bertambah pilu bila aku pandang Mama, matanya sudah pun bergenang. 

"Kejadahnya pakcik dj ni, sengaja je bukak lagu sedih!" Gumam ku perlahan.

Aku datang kepada Ma dan peluk erat badannya. Aku bisikkan; "Baca Al-Fatihah..." - Hati dah meruntun. Sebak.

"Woi pak cik, ni kenduri kahwin la, mainkan la lagu happy, boleh?!" - Jerit aku dalam hati. Aku pandang Ma, sisa air mata dikesat dengan kain tudungnya, sambil memandang rumah lama kami itu. Kenangan.

Hari ini (28 Mei 2014) sepatutnya ulangtahun kelahiran yang ke 57 Beliau, yang Mama dan kami rindu. Selamat Hari Lahir wahai Polis kesayangan kami. Semoga kau tenang di sana.

Buat anggota Polis yang terkorban ketika bertugas kelmarin itu juga serta buat Almarhum Sultan Azlan Shah, Sultan Perak yang telah mangkat. Al-Fatihah.

**Selepas lagu Pelangi Petang, pakcik Dj tu mainkan pula lagu Pelamin Anganku Musnah. #Hambar


----------------------------

KiTA: "Bila depan tak bisa bicara lidahku kaku, Jadi inilah hatiku didalam lagu..." 



Kesian

Khamis, 5 Disember 2013

Last update kat sini bulan Mei 2013. Bulan Mac & April pun takde post. Kesian.
Dulu kata at least sebulan sekali nak update entry kat sini. Sudahnya sekarang apa yang jadi?

Banyak yang dah jadi sebenarnya. Sejak Jun sampai November, 6 bulan tu. Fuhh lama btoi. Kadang (selalunya) terluahkan kat fb, twitter je. Well, bukan ada orang nak peduli pun kan.

Kesian.

Betul. Banyak dah yang jadi, kau tau perasaannya bila kau nak taip cerita tu kat sini tapi ko end up tenung skrin lama-lama. Ala-ala writer's block, konon.

Tak tau macam mana nak cerita dan tak tau nak mula dari mana. Pathetic.

Sekarang aku hidup sebab aku masih hidup.

Kesian.

Lately aku banyak buat benda yang pelik. Salah satunya; Aku pergi ke suatu tempat yang aku tak decide pun nak pergi. Aku rasa aku nak lari, tapi tak tau ke mana. Aku naik KTM sampai ke stesen yang aku tak pernah sampai, then aku patah balik semula, balik rumah. Gila.

Dan hari ini dalam sejarah, hari ini aku lari ke satu tempat yang aku paling benci nak pergi. To be honest, aku tak sedar pun aku ke sana.

"You datang sini sorang je ke?" - Soalan ini yang berulang-ulang mereka tanya pada aku. Ya, mereka sebenarnya terkejut. Aku? Aku keliru.

Kesian.


*Lullabies untuk tidur aku sejak dua tiga malam ni.

Bila...

Selasa, 28 Mei 2013

Bila wajahmu ku bayangkan. Terasa sayu, terasa rindu;

Bila kita rasa kita betul tapi sebenarnya kita salah. Lepas tu menyesal sebab tak dengar cakap Dia. "Kan aku dah kata!" - Dia menengking.

Bila kat Tesco, kita sibuk ambil paket nugget, kentang dan ayam goreng crispy Ayamas letak dalam troli. Dia buat muka masam, "Pergi cari Vitagen cepat!."

Bila first time ajar kita main boling, Dia tepis tangan kita sebab tak bagi guna bola boling baru Dia. Dia gelakkan kita sebab bola selalu lolos ke longkang. "Tengok orang pro main ni..."

Bila kita tergedik nak park kereta dlm garaj bila dah sampai rumah. "Jangan tekan minyak, main clutch dengan break je." - Memandang sambil tercegat dari depan pintu rumah.

Bila Dia bawa kereta dalam hujan, aircond rosak. Dia marah sebab kita lambat lap cermin depan yang berkabus.

Bila kita terdengar lagu yang kita suka kat radio dalam kereta, kita terus melalak-karaoke, Dia off radio tu. Tengok kita tarik muka, Dia on balik radio tu.

Bila kita tengah syok tgk TV. Dia suruh tutup TV, suruh kita masuk tidur sebab dah lewat malam. Pastu Dia pula on TV balik tengok sorang-sorang.

Bila keluar daripada masjid lepas Solat Jumaat, Dia saja suruh kita tarik motor keluar daripada parking.

Bila kita bagitau kita dapat no.1 dalam exam, Dia respon; "Nanti kita makan KFC!"

Bila kita buat salah, Dia meroyan marah siap dah ready nak hayun tali-pinggang-polis besar Dia tu, tengok kita nangis beriya Dia saje buat-buat nak pukul, tapi terkena kat tempat lain.

Bila kat pasar malam kita pilih 5 VCD, Dia bayar untuk 2 je.

Bila Dia paksa kita buat bekal air milo sebelum pergi kerja. Sudah pakai kasut, Dia rasa sikit - "Tawar betol!" - buka pintu dan terus gerak keluar.

Bila masa study dulu, tengah-tengah bulan tanpa kita minta, Dia call, "Dah masukkan duit."

Bila kita hampir patah kaki sebab excident motor, Dia sibuk carikan tongkat untuk kita senang berjalan.

Bila kita senyap-senyap masuk bilik, seluk kocek seluar Dia yang tergantung, nak ambil duit - "Ehem-ehem!" - Tak sedar Dia ada tengah tidur.

Bila karaoke je Dia suka nyanyi lagu Kopratasa - "Masihkah Kau Ingat" dan lagu D'lloyd - "Cinta Hampa" (lagu putus cinta dulu katanya). 

Bila time sesi ambil report book kat sekolah, Dia datang pakai uniform kerja Dia dan bertekak dengan guru kelas sebab lambat bagi turn kat Dia. 

Bila kita tunjuk keputusan exam paper pada Dia. - "Ehm... Ok la tu..." 

Bila kita balik rumah masa Aidilfitri tahun 2009, kita rasa pelik bila Dia sibuk nak belikan Mama mesin basuh baru, tilam baru, kerusi baru, meja baru.. semua Dia nak beli baru...

Bila Aidilfitri tahun tu juga la Dia yang beriya-iya paksa kami semua ambil gambar keluarga. - "Bila lagi nak ambil gambar sama-sama kan?!" 

Dan bila-bila-bila dan bila...,

--------------------------------------------------------------------

Bila sampai tarikh ini je dulu, kita akan peluk sambil cium pipi Dia; "Selamat Hari Jadi!" - Dia peluk balik erat pastu geselkan janggut halus Dia kat muka. "Isy Gelilah!" - kita jerit dan menepis, tapi Dia tersengih. Kita tahu Dia memang suka bergurau macam tu.

Sepatutnya pada tarikh ini tahun ni, umur Beliau adalah 56 tahun.

Bila kita tersedar yang kita sebenarnya sibuk dok play-back-the-old-film-reel dalam kepala otak kita sendiri. Bila wajah Dia kita bayangkan. 

Al-Fatihah. Semoga kau tenang disisi Sang Pencipta. :)

28 MEI 2013.
KiTA. 

Pertama

Ahad, 13 Januari 2013


Beberapa minggu sebelum tahun baru itu menjelma, Aku bertanya khabar mereka di sana.

"Macam mana, barang-barang sekolah diorang dah beli ke?"

Mama pantas menjawab, "Dah semua dah beli, Adik Is kau ni excited semuanya nak beli, tau tak dia mengamuk nak beg roda! Terpaksa la Mama belikan jugak..."

"Abang macam mana? Meh nak cakap dengan dia pulak..." Aku merisik khabar Adik lelaki ku yang montel itu.

"Angah, Abang tak beli beg baru. Beg yang Angah beli dulu tu elok lagi... Nanti bila dah rosak baru beli baru..." Berseloroh dia menjawab bila ditanya, menginjak usia 11 tahun, aku tahu dia lebih matang dan  Mama pesan tak perlu risau pasal Abang.

Tapi entah mengapa, aku risaukan adik bongsu aku itu. Si Kecil Iskandar.




----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hari itu hari Selasa. Hari Pertama Adik Is ke sekolah. Sudah masuk 5 tahun usianya, jika kiraan umur mengikut tahun diambil kira. 
Satu Haribulan Satu DuaRibuTigaBelas. 

Mama telefon, excited nak share cerita pengalaman pertama Adik ke Tadika.
Mama kata beliau sengaja kejutkan Adik lewat pagi sebab hari ni just nak daftar je, tak belajar lagi.

"Isy Mama ni, nape kejutkan Adik lewat sgt! Hari ni kan Adik pertama kali nak skolah!" Si Kecil mengomel penuh bersemangat. Sementara Mama bersiap-siap.

"Adoi... Lambatnye.. orang perempuan ni kalau bersiap mesti lame tau! Orang da siap mandi, gosok gigi semua die je tak siap lagi!" Seperti orang dewasa lagak bebelannya Si Kecil ini, menurut kata Mama.

"Adik Is nangis tak tadi? Cikgu baik tak?" Saja aku bertanya,

Dan cepat-cepat die menjawab. "Tak lah, mana ada nangis, ada awek duduk depan adik tau td! Kbai!"


Terdengar riuh Mama ketawa mendengar keletah anak kecilnya itu. Dan aku? Lega. Semuanya baik-baik saja bagi Si Kecil ku itu.

How I wish that I'll be with you, at you're very first moment of school, my Lil' Bro.

Semoga langkah pertama itu sejahtera utk kau teruskan langkah seterusnya mendepani hidup mengejar pengalaman, walaupun kurang sempurna seperti yg lainnya. Doaku hanya yg terbaik utk Adik-adik. :)


----------------------------------------------------------------------------------------------------------

KiTA: "Sepantas mana berlari, selambat mana berjalan, waktu tetap berputar, musim tetap berganti. Yang berubah hanya angka, tapi diri ini tetap sama. Moga kita semua terusan maju di fasa baru kehidupan di tahun mendatang." 

So long 2012, It's been a great year with you, & Assalamualaikum, 2013! :)

Kisah Bunga Api

Selasa, 16 November 2010

Situasi | Kisah Bunga Api


Aku sedang fokus menghadap TemanSehidupSetidurku* dalam bilik apabila Si Kecil kesayanganku itu berlari-lari girang dari luar sambil memanggil-manggil nama aku. Di tangannya ada sesuatu, kotak warna merah. 

Si Kecil: "Angah! Angah! Jom maen ni nak?!" (*bercakap dalam pelat budak 2 tahun)
Aku: "Ape mende tu?"
Si Kecil: "Ala ni la..., Jom maen!" 

Aku maseh tak pasti apa sebenarnya dalam kotak merah tu. Setelah di-scan menggunakan kepakaran mata aku ni. Oh rupa-rupanya Bunga Api murah pasar malam. Terdetik dalam palotak kecil aku: "Eh ade lagi bekalan menatang ni? Dorang tak abes maen ke dulu?". Ya. Bunga api itu sebenarnya masih ada tinggal sekotak lagi yang tak dihabeskan ketika Aidilfitri lepas.
Melihat wajah comel Si Kecil yang mulus itu, tak mungkin untuk aku katakan tidak. Secara automatiknya aku bergegas.

Aku: "Ok. Jom! Angah cari lilin ye."

Si Kecil mula berlagu riang, dan ketika aku ke dapur untuk cari lilin...,

Mak: "Hah tak payah cari, aku da letak kat lua da pun lilinnye. Maen dengan die lame-lame siket!"

Secara tak sengaja, aku macam terfaham situasi sebenar. Mak yang beriye bagi bunga api tu pada Si Kecil supaya tak kacau beliau nak masak juadah untuk pagi esok. Brilliant! haha. Walaupun bukan raya Aidilfitri, bunga api tetap diraikan.

Si Kecil & Bunga Api
Si Kecil gembira tak terhingga.

*beliau sering digelar "lappy" bagi sesetengah orang.


KiTA: Salam AidilAdha 1431H.