Memaparkan catatan dengan label #ProjekCeritaKita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label #ProjekCeritaKita. Papar semua catatan

Fragmen

Khamis, 31 Disember 2015




"Apa moment yang korang paling ingat sepanjang tahun 2015 ni?" Soalan random aku ajukan kat kawan serumah. 

"Entah, tak fikir pun lagi." 

Agak krikk-krikk-krikk pada mulanya tapi at least ada la juga respon daripada seorang kawan, walaupun hanya satu jawapan.

Tapi jawapan spontan yang satu itulah yang bikin aku tersentak. Ke aku je yang suka sangat fikir-ingat hal-hal yang dah lepas. Kenangan-memori, bikin aku khayal bila terimbas-ingat semula. 

Well, ke memang sebab aku ni mamat yang pathetic-hopeless-melancholy-bajet-payah-nak-move-on kot so memang payah la nak let go bagai ni kan. Geli.

Banyak yang berlaku dalam hidup aku sepanjang tahun ni. Ayat klise setiap kali.

Aku sedar yang tahun ni baru satu post entry kat blog ni. Perghhh gila malas. (Tak siapa peduli pun).

Haa nah amekaw, #HighlightOfTheYear #MomentOfTheYear #gittew.

---------------------------------------------------------------

1) Merayap. 


Winter Trip 1: Tasmania. 
Ini adalah trip paling jauh, paling best dan paling melekat di hati. Hiperbola sangat bunyinya tu tapi memang betul, aku enjoy gila trip kali ni. Kami pusing satu pulau Tassie tu start daripada Hobart dan menjelajah ke tempat-tempat menarik samada yang dah di-plan dan tak plan. Ala-ala road trip, selama hampir seminggu. Masa ni bulan puasa dan disebabkan musim sejuk so takde la rasa lapar sangat. Apa yang boleh aku bagitau in general, Tassie ni, nature dia closest to New Zealand. So kalau tak mampu nak pergi NZ, datang je sini. (Next year gua aim for NZ.)

Winter Camp: Tak ingat nama tempat tu.
Walaupun tak berapa nak macam kem sangat sebab tidur dalam bilik ber-heater dan bertilam, complete dengan bilik air bagai. Apa yang bestnya camp kali ni, adalah dapat jumpa dengan student Malaysia daripada state lain. Gathering ni dibuat setiap tahun oleh student-student Msia kat Oz ni dan kali ni Melbourne jadi tuan rumah. So masa ni banyaklah activity yang terisi macam talk/sharing ilmiah, rohani dan jasmani. 

Winter Trip 2: Mount Baw Baw.
Pergi gunung nak main salji, tapi salji takde! Hahaha... Well bukanlah takde terus cuma tak seperti apa yang diharapkanlah, sebab salji yang ada tu macam salji tiruan. Masa kami pergi tu rasanya dah nak dekat hujung-hujung winter season. Datang tempat ni sebab kat situ je lah gunung bersalji yang paling dekat dengan Melbourne. Tapi at least merasalah gak 'salji' kan. Oh dan merasalah juga sakit bontot sebab jatuh masa main snowboarding/surfing. 

Autumn Trip: Camping at Grampian.
Ini antara camping paling best bagi aku. Memang kami tidur dalam khemah dekat camping site yang sebenar, dekat dengan gunung yang agak famous kat Victoria ni iaitu Grampian (National Park). Apa yang best adalah hiking ke puncak (bukan puncak paling tinggi) sejauh lebih kurang 5km, kot. Kami camping selama lebih kurang 2 hari 2 malam. Ada perkara yang terjadi masa kat camping site ni, alkisahnya ada jiran camp kami tak puas hati sebab kami bising, rupanya dia terganggu dengan kami masa kami solat Subuh. "It's too early, please respect the others as well..." macam tu la lebih kurang ayat mat salleh tu. Sudahnya, dia pindah tempat lain. Hahaha.

Summer Camp: Ballarat.
Ini juga gathering, untuk student Malaysia yang tak balik waktu Summer Break. Ini adalah camp/gathering paling best sebab tak terasa macam camp sebelum-sebelum ni. Banyak buat activity dan main game, plus tak lama pun, waktu weekend je. Aku try naik flying fox (walaupun gayat) dan main kayak kat tengah tasik (walaupun takut air). Apa yang aku belajar kali ni; "Overcome your fear, just do it!" Tapi aku still penakut. Heh. 

Short Trip: 1000 Steps Trails, Dandenong Ranges.
Mengah bukan main lagi sebab hiking panjat tangga. Tercabar betoi sebab masa tu ramai je pakcik, makcik yang jauh lebih tua dan awek-awek slumber je hiking sama macam takde apa. Lol. 

Short Trip: Great Ocean Road.
Alkisahnya aku jumpa seorang mamat ni yang konon nak backpacking ke Melbourne. Kenal daripada kawan aku punya kawan. Mamat ni takde plan specific nak ke mana-mana, so minta aku jadi tourist guide. Dan dia ada kisah tersendiri bila terjumpa another fellow Malaysians yang datang trip ke sini gak. Dua orang gadis. Bila dia cerita scene dia jumpa minah dua orang tu memang bikin aku gelak, konon macam drama melayu habis woi. So long story short, mamat ni ada kenal seorang Mamat German yang kebetulan backpack gak dan kami plan untuk buat road trip ke Great Ocean Road - antara tempat yang wajib dilawati di Victoria. 


2) Tujuan utama: Study!

Design Studio
- Tahun ni bermakna aku dalam second year pengajian aku kat Universiti tu. Announced as best design school in Australia and ranked at 20th in the world. Hah power tak? konon je tu. heh. Disebabkan diorang dah restructured keseluruhan course aku ni dan sistem baru telah digunakan, which is untuk major subject - Design Studio, second year student akan digabungkan dengan third year student.

- Untuk semester 1, aku dapat option studio yang aku tak berapa suka. Salah aku gak sebab keliru dengan sistem baru tu, aku lambat register untuk subjek tu dan aku dapat option yang tak best. Nama option studio tu adalah Design Documentaries. Aku buat project ala kadar je sebab tak berapa berkenan dengan option ni, well ada gak rasa nak give up tapi aku terus je redah. 

- Semester 2, aku dah prepare dan aware dengan sistem baru tapi malangnya semua pilihan dalam option studio tu aku tak suka. End up aku tersalah pilih subjek, subjek tu sesuai untuk perempuan sebab kami collabrate dengan student daripada course fashion & Textile untuk create a bussines model for a charity based organisation. Towards the end, subjek ini sebenarnya menarik walaupun banyak rintangan yang tak berapa best sebab ini group project, aku da dapat group member yang agak selfish tapi alhamdulillah semuanya ok je. Heh.

Elective Subjects
Tahun ni aku buat subject elective yang aku minat sangat-sangat. Cinema Studies, dapat belajar ilmu filem walaupun tak banyak dan yang paling awesome adalah kitorang akan tonton filem dalam wayang (hall) dan akan review/sharing dalam kelas. Broadcast Media pula, aku di-exposed-kan dengan dunia TV dan Radio, walaupun tak seperti apa yang diharapkan, at least ada la juga pengalamankan, so subjek ni lebih kurang apa yang aku dah belajar waktu buat Diploma dulu. 

Are you a designer, mate?
Antara benda yang aku belajar dalam second year ni adalah, bagaimana lecturers aku sedaya upaya mengajar studentnya dengan bagi semangat, inspirasi dan tips/advices on how to be a good/better designer, bila dah kerja nanti. Plus kali ni project yang kami buat memang ditekankan untuk buat macam professional portfolio. Dan tahun ni memang banyak exposure daripada orang-orang industry. Perkara-perkara macam ni buat aku tak menyesal datang study kat uni ni. Well, best design school in Oz kot! #poyo


3) Freelancing ke?

Agak geli guna perkataan freelancing ni sebab aku takde sangat job best untuk tahun ni. Selain job biasa untuk logo design adalah gak dapat 3 job poster, yang mana cuma 1 je yang betul-betul lepas, iaitu untuk poster untuk filem Coverina. Satu poster untuk filem Harmonika, yang pengarahnya minta aku buat tapi aku tak start design lagi sebab filem ni dijangka siap dan akan tayang tahun 2016 nanti. Lagi satu poster untuk filem Mat Moto, yang ni agak tak puas hati sikit sebab pengarahnya langsung tak bagitau aku yang dia dah hire designer lain buat. Tapi aku tak kisah pun sebab mula-mula memang tak berapa setuju nak buat sebab dia offer harga yang kurang berpatutan dan aku tolong atas dasar kerana pengarahnya adalah boss lama aku. 

Tahun depan insyaAllah akan polish lagi skill design dan portfolio aku dan akan betul-betul serius approach producer filem kat Malaysia. Dan akan cuba try advertise untuk cari client international pula. InsyaAllah.


4) Pindah rumah, City life.

Konon naw city life kau! Hahaha setelah menjadi manusia nomad yang menumpang rumah orang lain sana-sini, dan setelah hampir 2 bulan mencari rumah akhirnya aku dan housemate aku dapat juga rumah, yang letaknya memang betul-betul ditengah bandar Melbourne ni.

Walaupun rumah (apartment) ni takde facilities menarik macam swimming pool, gym dan parking, selain berada dalam area free tram zone, rumah ni ada rooftop! (Ayat lebih kurang post instagram lol)

Yup, next year akan pindah ke rumah baru kat area suburb, yang tak jauh sangat dari uni dan city. 


5) Masak-memasak-masaklah-kau! 

Pencapaian terbaik setakat ini selain Karipap, adalah Rojak Mee! Alkisahnya sebab tiba-tiba mengidam nak makan rojak mamak punya pasal dan end up aku buat sendiri. Sumber resepi, macam biasalah - Google.

Honorable mention: Nasi Lemak, Begedil, Nasi Daging, Mee Sup, Mee Kari, Mee Hailam, Curry Butter Chicken.


6) Al-fatihah.

Terduduk aku lepas dapat berita mengejut tentang pemergian orang yang aku betul-betul tak sangka akan pergi, selamanya. Orang yang banyak sangat berjasa dan orang yang aku akan look up to, for an advices dan macam-macam hal lain. 

Semoga kau tenang kat sana Abang Wan!


7) Geng Baru.

Tahun ni ada Geng Mengopi, sambil mengopi sambil sembang sharing macam-macam cerita. 
Selain itu aku kadang-kadang jadi tourist guide tak bertauliah kalau ada orang (Yang alkisahnya kawan-kepada-kawan-kepada-kawan) yang datang dari Malaysia. tak kisahlah melancong ke atau datang berkerja. Well, it's nice to meet new people kan?


8) Surprise!

Surprise Birthday event yang memang betul-betul surprise daripada kawan-kawan aku. Walaupun aku dah gigih hide-kan kat FB supaya takde siapa tahu tapi tetap kantoi gak. #BroTerharu


9) #BroNakSihat #BroNakFit

Harap kali ni bukan hangat-hangat najis ayam lah kan. Dah cuba seminggu - 'No Nasi Challenge', alhamdulillah berjaya, walaupun ada sikit kantoi tapi tak menjejaskan challenge tu pun. Konon. 
Lepas tu aku teruskan challenge tu, diet nasi dan kurangkan makan benda-benda manis dan apa yang lebih penting, konsisten untuk exercise (jogging & workout) setiap hari. Nope, aku tak pergi gym pun, buat sendiri je, jogging kat taman dan buat cardio dalam bilik. Dah hampir sebulan, adalah gak rasa sikit perubahan walaupun tak banyak kan, well, at least I'm trying to change. 

Semoga terus istiqomah. Ehem.



---------------------------------------

Sepanjang tahun ini, aku akui memang ada ketikanya rasa down dan rasa nak quit, dan nak balik Malaysia je, sebab agak stress (konon) dengan project yang berlambak bagai. Tapi bila tiap kali benda macam tu jadi (rasa down etc) aku akan cuba ingat balik perkara-perkara teruk dan apa yang dah aku lalui sebelum aku sampai ke bumi Oz ni dulu. Yup, pengalaman memang banyak mengajar kita, indeed. 

Semoga kita semua kekal berhikmah, bersabar, bertabah dan kuat untuk hari mendatang! 

Sekian, cebisan kenangan review sepanjang tahun untuk 2015. Untuk tatapan diri sendiri di kemudian hari. Heh.


Fuhh mencabar betol type on the spot tanpa save draft bagai ni. Lol. 

So long 2015! It's been a great year with you! 


p/s: bajet nak buat ulasan pendek bergambar je tapi... :P

Konon

Jumaat, 22 Mei 2015



Berhabuk lagi. Hampir 5 bulan selepas 2015 muncul. Mana pergi janji kata dulu 1 bulan 1 entry (at least?) ini semua poyo! Biasalah semangat hangat-hangat tahi ayam ni kan. Semester 1 tahun 2 aku kat uni pun dah nak habis. Dalam minggu-minggu terakhir sebelum submit final project yang tak berapa nak meyakinkan tu. 

Musim berganti musim kat sini daripada summer kepada autumn membawa kepada hampir munculnya winter selepas bercuti panjang kat Malaysia awal tahun haritu, aku masih juga sama. Tiada apa yang berubah, konon nak move on, kononlah. Hangat tahi ayam la katakan.

"Kau tak move on lagi bro?! bangun weh! bangun!!!" - Suara misteri muncul. Heh. Konon, lagi. 

Ini semua poyoooo!

Eh ada perubahan... aku pindah rumah baru. Pindah tinggal dari suburb ke city. To be honest, duduk kat suburb lagi best walaupun agak jauh dari uni sebab suasana sana yang mendamaikan. City? bising la woi! 

Entah macam mana haritu, muncul idea baru untuk buat projek filem pendek. Tajuknya; Rantau. Idea ni datang berdamping time aku struggled nak siapkan assignment. Sudahnya assignment tu tak berapa nak siap sebab aku gigih siapkan teaser poster dan draft skrip projek filem pendek ni. Poyo je. Konon.

Cerita pasal apa? Nanti-nantilah kot cerita. Bila rajin. Heh. 




KiTA:  Oh, Raya nanti memang tak balik. Nanti nak berjalan sakan waktu winter nanti! Can't wait! (konon excited. Konon lagi.) 



Cekodok

Ahad, 23 November 2014


CeritaPendek | "CEKODOK"

----------------------------------------------------------------------




"Esok saya takde, so kita postpone appointment awak tu next week ya?" Dr. Kuppu memberitahu sambil tangannya menari-nari dengan pen, menulis sesuatu. Report barangkali. Dia tulis dalam bahasa tamil kot, berkerawang bagai tulisan tu, langsung tak dapat dibacanya. Malang betul siapa yang kena baca report tu nanti.

"Doctor lain takde ke? lama betol nak tunggu next week. Pastu nak tunggu result tu... berkurun plak!" Iz bercakap sambil memandang Kak Timah. Muka Kak Timah menyinga, sambil digeleng-gelengkan kepalanya laju-laju.

Dahi Dr. Kuppu berkerut, Iz perasan yang tangan doktor yang agak berusia itu terhenti menulis, adalah dalam setengah saat kot. Tersentak la tu. Iz memang dah sedia maklum, hanya Dr. Kuppu sajalah doktor pakar kat department ni. Dia juga sedia maklum yang dia memang tiada pilihan lain selain perlu akur kehendak dan arahan doktor tu. Walaupun dia terpaksa menunggu giliran yang lama. Iz sebenarnya risau, dia sedia maklum juga, masa memang takkan berpihak kepadanya. 

"Berapa lama lagi aku nak kena duduk kat sini?!" Dia berperang sendiri dalam hati.

Budak lelaki itu keluar daripada bilik Dr Kuppu dengan langkah yang malas menuju guanya. Aah, gua, macam gua kelawar tu. Tempat dia bertapa selama lebih hampir empat bulan. Kak Timah mengekori daripada belakang sambil menolak kerusi roda. Jururawat itu tahu, budak mengada tu memang tak suka naik kerusi roda, tapi sebagai langkah berjaga-jaga. "Kena selalu tengokkan budak tu." - Pesan ketuanya dipegang, takut perkara buruk terjadi. Dia tahu yang budak tu berlagak je kuat pada luarannya tapi dalamannya tidak. Dia hanya mengekori langkah Iz dari belakang, diperhatikan langkah budak lelaki itu perlahan-lahan. "Kuat semangat ye Iz!" 

Sampai depan bilik, Iz melulu masuk dan pintu terus ditutup rapat dan punat pada tombol pintu itu ditekan. Dia bersandar dibelakang pintu sampailah;

Tok. tok. Bunyi ketukan. 

"Kenapa kunci plak ni?! Jangan buat perangai lagi la Iz!" Suara Kak Timah bila marah memang kelakar. Bingit. Pitching tinggi btoi. Kalau masok AF ke Mentor ke mesti tak lepas. Kalau lepas pun, first week mesti dah out punya. Pastu kena cerca dengan penonton, siap kena bash bagai dan ada yang sampai buat fanpage 'Timah Suara Pitching Off' dengan hashtag #TimahOut. Ok imaginasi lebih-lebih pulak. Hahaha...

Pintu itu dibuka, Iz mengalah. Sengaja mengalah. Dia terus melompat ke katil, baring dan menarik selimut, bantal pula ditekup ke mukanya. 

"Astaghfirullahalazim! Kamu ni sengaja nak buat akak marah kan?!" Suara pitching lagi tinggi, sambil merampas bantal pada muka Iz tu dan di letakkan bantal itu ke tepi. Iz hanya tergelak. Gelak sakan.

"Hahahahahaha....." Ni gila-gila punya gelak ni, macam tengok lawak Harith Iskander masa perform kat Lawak Ke Der dulu. Melihatkan muka masam Kak Timah itu memang boleh bikin urat ketawa dia terjentik dan makin menggila. 

Tiba-tiba dia senyap. Ketawanya berhenti. Tunduk kepala. Jari-jemari tangannya di silangkan, digosok-gosok seperti biasa yang dilakukannya kalau dia resah. Kak Timah pula berjalan ke arah tingkap, langsir di selak, membiarkan cahaya mentari masuk ke ruang kelam bilik itu. 

"Keluarga akak macam mana? Mak ayah akak sihat?" Mendatar suara Iz bertanya. Matanya yang sepet itu terkebil berkerut terkejut disimbah sinaran matahari pagi itu. Baru pukul 10 lebih tapi dah terik.

"Kenapa tiba-tiba je tanya soalan tu?" Kak Timah pelik.

"Random." Eloklah tu kak, orang tanya dia tanya kita balik. heh.

Kak Timah senyap. Jug di atas kabinet berhampiran tingkap itu diambil. Air kosong dituang dalam gelas dan di bawa menuju ke katil Iz. Soalan tadi sengaja dibiarkan tak berjawab.

"Nah habiskan tu, Akak banyak kerja ni. Penat layan kau tahu?" Gelas air itu dihulurkan kepada Iz sambil mulutnya dijuih ke arah piring berisi beberapa biji pil di atas meja kopi sebelah katil tu, sebelum dia bergegas keluar. 

"Kejap kak! petang nanti nak makan cekodok macam semalam tu lagi boleh?" Macam peluru, laju dan lantang si Iz bercakap. Terhenti kejap langkah Kak Timah.

"Akak shift sampai tengahari je hari ni. Tengok la camne nanti." Senyum segaris dan dia terus keluar daripada bilik itu. Pintu ditutup. Kak Timah teringat pesan Dr. Kuppu, supaya dikurangkan makanan berminyak untuk menu diet makanan Iskandar.

----------------------------------------------------------------------

Pukul 5 petang. Troli makanan minum petang menjengah ke dalam bilik Iz. Bubur kacang lagi. Bau dari pintu sudah dapat dihidunya.
"Kenapa tak habiskan nasi makan tengahari tu? Kenyang tak? Takpe Abang bagi lebih bubur ni ye. Habiskan tau!" Abang Azri, baik seperti selalunya. Walaupun dia tau yang Iz tak habiskan makanan yang selalu dibawanya itu, dia tak pernah marah.
Pinggan nasi tengahari itu dibawa keluar bersama troli makanan petang. Iz membisu tanpa reaksi. Buku berwarna biru yang sedang dibacanya itu diletakkan ke sebelah bantal, dia mahu tidur. Bubur kacang itu dibiarkan terkulai atas meja makan. Biar semut ke lalat ke yang jamah nanti, rezeki diorang.
"Makanan kat wad ni tak sedap kan? Abang faham, orang macam kamu ni selera memang tak menentu. Takpe." Bayangan Iz, jawapan itu yang akan diberikan Abang Azri bila tengok makanan yang tak berjamah tu. Begitulah Abang Azri, baik seperti selalunya.
Beberapa minit selepas itu, pintu bilik itu dibuka lagi, Iz malas menoleh, malas nak layan. Biarkan. Sengaja mata dipejam rapat, dia mahu lelap, tiba-tiba rasa mengantuk. Tapi, ada sesuatu yang menerjah rongga hidungnya pula. Matanya tewas.
"Cekodok Pisang!!!" Rasa ngantuk terus hilang lepas terbau makanan itu.
"Woi!!! Kau ni kan, bikin aku terperanjat je la!" Abang Azri menjerkah. Iz hanya tersengih sipu. Sambil tangannya merayap mencapai bungkusan beg plastik merah atas meja tu. Terus disuapnya sebiji cekodok ke dalam mulut.
"Thanks bang! Nak air panas sekali boleh?!" Bercakap dengan cekodok penuh dalam mulut, kalau Nenek ada sekarang ni mau dah kena piat telinga dia tu.
Abang Azri tersenyum. "Kak Timah pesan kat abang tadi. Terlupa plak nak bagi kat kamu masa bagi bubur tu tadi." Dia bercakap sambil menuju keluar. Iz hanya mengangguk sambil sebiji lagi cekodok disuap ke dalam mulut. Lahap.
Tak lama lepas tu, Abang Azri masuk semula bersama dua gelas ditangannya. "Kopi, teh dah habis. Abang buat Milo ni, kamu suka kan?" Gelas itu diletakkan di atas meja, sambil dia duduk menghadap budak lelaki yang sedang bersila sambil galak mengunyah cekodok di atas katil itu.
Pinggan bubur kacang tadi dicapainya. "Biar abang habiskan yang ni la ek. Sayang kalau nak buang. Kesian bubur ni."
Sambil tersenyum, Iz menghirup air Milo itu dan sebiji lagi cekodok disuap ke dalam mulutnya. Petang itu, dia rasa bahagia dilayan sebegitu oleh Kak Timah dan Abang Azri, seperti selalunya.

"There're time when stranger are like family..." Tweet Iz petang itu. Kopi-pasta haram, quote daripada buku biru yang dibacanya tadi.

Ceritera

Ahad, 18 Mei 2014


       Alkisah tersebutlah sebuah ceritera..... Toyibbbb~~~~ Ok tak perlu mukadimah merapu bagai, kita terus kepada point utama.

     Kalau mengikut file word yang masih selamat aku simpan tu, idea asal cerita ini terhasil pada tahun 2008, lebih tepat lagi pada hari ke 15 bulan Mei. Masa tu tahun kedua aku belajar kat kolej di Ipoh. Idea cerita ini aku dapat, bila terbaca sebuah SMS yang tak-berapa-seram, pada tahun-tahun itu memang kerap kita terima cerita-cerita merapu-merepek dalam bentuk SMS, masa tu social media masih belum meluas empayarnya. Jadi aku olah atau aku imaginasikan idea yang pendek itu menjadi sebuah scene dalam filem atau lebih tepat, opening scene sebuah filem.

     Boleh dikatakan cerita ini adalah idea pertama aku yang pada masa itu nak diterjemahkan ke dalam sebuah filem pendek tapi oleh kerana banyak sebab yang menghalang, jadinya projek ini langsung tak dapat dilaksanakan sampailah aku habis belajar. Mengikut beberapa file word yang masih ada di dalam folder bersama file asal ini juga, nampaknya cerita ini telah diolah secara sambil lewa oleh aku sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2009 dan 2012. Kenapa sambil lewa? sebab bahasa dan ayat/perkataan yang aku guna dan taipkan itu tersangatlah bahasa SMS!

     Idea cerita yang aku maksudkan itu diberi tajuk; DEJAVU. Tahun ini (2014) nampaknya aku terbuka semula folder cerita itu, setelah mendapat semangat baru atau mungkin ada saka terbaru datang berdamping dengan aku, supaya menyiapkan karya ceritera aku yang sudah terbengkalai sejak sekian lama ini. Al-kisahnya suatu malam, sedang aku duduk termenung depan teman pendamping setia aku iaitu Mappy kesayangan aku ni., entah dari mana datangnya, tiba-tiba ada semacam angin menyapa dan menghempas ke kepala otak aku, lantas tercetuslah idea untuk menulis sebuah cerita baru. (Hiperbola melampau bab angin tu. Aah pengaruh banyak tengok filem.) *Jujur*

     Maka ketika malam berangin yang penuh bersemangat itu, terhasillah sebuah cerita baru yang asalnya daripada sebuah cerpen spontan aku juga. Aku kembangkan cerpen itu supaya aku boleh mengarang cerita panjang atau bahasa saintifik yang kurang aku gemar gunakan - Novel. Ya, aku terasa nak bukukan cerpen itu yang ketika itu diberi tajuk (working title), GERABAK. Malam itu terciptalah 4 bab awal (draft) manuskrip baru; Gerabak, yang aku rancang mahu dihantar terus kepada sebuah syarikat penerbitan buku kegemaran aku. Tapi sebelum itu, aku berikan dulu kepada beberapa teman untuk menilai cerita aku yang tercipta dalam satu malam itu dan Alhamdulillah respon yang diterima agak baik. Ok cerita asal-usul idea Gerabak ini tak patut aku bagitahu kat dalam entry ini, sebenarnya aku mahu fokus kepada Dejavu. (Tapi cerita yang aku karang memang ada berkait sebenarnya.)

           Berbalik kepada Dejavu, nak dipendekkan cerita, entah macam mana, ada orang offer kepada aku untuk menulis buku (atau Novel), setelah dia mengetahui aku memang minat menulis. Aku langsung tak berasa yakin pada mulanya sebab aku rasa nak fokuskan kepada Gerabak je dulu, ya semangat aku memang tengah membuak-buak untuk menyiapkan naskhah baru itu. Manuskripnya pula telah aku hantarkan kepada publisher yang aku gemari itu, tapi masih belum mendapat keputusan. Bila difikirkan semula, daripada aku terus menunggu, lebih baik aku terima saja pelawaan projek novel daripada publisher baru itu. Maka, ketika itu Dejavu memang terus terlintas dalam benak fikiran untuk diketengah dan diselesaikan. Berbekalkan idea dan storyline baru tapi masih mengekalkan konsep asal cerita, aku olah supaya lebih menarik. Harapnyalah, menarik. Kot. Soal payment memang aku tak ambil kisah lagi, katanya ada royalty bagai tapi aku tak ambil peduli dulu, yang penting cerita aku ini dapat disiapkan. 

       Oh ya, sebenarnya Dejavu ini aku dah reserved-kan tempatnya supaya ianya muncul dalam cerita Gerabak, tapi nampaknya ia perlu dikembangkan dahulu ke dalam ceritanya sendiri. Kan aku kata tadi, cerita-cerita yang aku karang/cipta itu semuanya berkait. Cerita ni genre apa ya? Tengok poster dibawah ini, dan kau define sendirilah nak kategorikan cerita yang tengah aku usahakan ni dalam kategori apa. Boleh? Hehehe...
           


Déjà vu adalah sebuah frasa Perancis yang artinya secara harafiah adalah "pernah melihat" atau "pernah merasa". Maksudnya adalah mengalami sesuatu pengalaman yang dirasakan pernah dialami sebelumnya. (Kopi-pasta daripada Wikipedia.)


      Aku ada bagitahu idea/konsep cerita aku ni pada seseorang yang aku percaya, respon dia; "Dah macam filem plak!" Aah memang idea asalnya mahu dibuat filem pun kan, bukan feature film tapi filem pendek. Apa yang boleh aku bagitau lagi serba sedikit, konsep cerita ini aku bikin macam konsep seperti filem SEPI (2008), TALENTIME (2009), JANJI JONI (2005), BERBAGI SUAMI (2006), MAGNOLIA (1999), CRASH (2004), GO (1999) - Filem-filem ini menggunakan kaedah/konsep, di mana sesebuah cerita itu saling berhubungkait antara satu sama lain (melalui hubungan antara watak atau peritiwa yang berlaku) dan bergerak dalam waktu yang sama selepas atau sebelum sesuatu kejadian itu. Seingat aku buku yang pernah aku baca; INTERLOK (Abdullah Hussein), CEKIK (Ridhwan Saidi) pun guna konsep sebegini. Dalam Dejavu ni juga, ada watak yang terinspirasi daripada filem DONNIE DARKO (2001) dan A BEAUTIFUL MIND (2001).

     Siapa Azlan Johari? Dia seorang pengarah filem yang diberi tugasan untuk mengarah filem seram/thriller pertamanya. Oh dia adalah antara watak utama dalam Dejavu, sebenarnya. Watak fiksyen, rekaan sengaja oleh aku. 


KiTA:  Harapnya projek ini berjalan lancar dan aku dapat terus fokus dan bersemangat menyiapkannya. 

p/s: Ada kawan tanya aku, macam mana kau boleh tiba-tiba dapat tawaran menulis ni? betul ke bohong ke main-main ni? Aku jawab; Entahlah, tengoklah nanti, ada rezeki, betullah jadi. *Jawapan klise*

Pelangi

Isnin, 28 April 2014


CeritaPendek | "PELANGI"

----------------------------------------------------------------------





    Di hadapan berdekatan dengan tempat duduk aku tu, kelihatan seorang kanak-kanak perempuan, yang sedang membelakangkan aku. Anak kecil itu melutut di atas kerusi manakala sikunya ditenggekkan pada bahagian antara atas penyadar kerusi yang bersambung dengan cermin tingkap, kedua telapak tangannya pula, menekup sisi pipinya yang mongel sekaligus menyokong dagunya. 

"Comel." Getus hatiku. 

   Leka budak itu memandang langit yang cerah. Merenung matahari barangkali. Sesekali sebelah tangannya diangkat, seperti mahu menangkap sesuatu, mahu menangkap burung yang berterbangan di luar tu agaknya. 

   Dulu masa aku kecil sebaya budak itu, tingkah aku lebih kurang begitu juga setiapkali menaiki kereta, suka memandang keluar tingkap. Kalau siang pandang langit tengok kepulan awan dan matahari, bila malam tengok bulan dan bintang. Seolah matahari dan bulan tu mengekori arah perjalanan kita. Aku bayangkan yang matahari dan bulan itu, ada kaki yang sangat panjang untuk mengejar kita, ke mana pun kita pergi. Imaginasi kanak-kanak. 

   Ibu budak perempuan itu duduk bersebelahannya. Seperti manusia lain didalam gerabak kereta api itu, dia sedang fokus memandang telefon yang kemas terpegang dalam telapak tangan kanannya, sesekali ibu jarinya pula bergerak menyentuh skrin telefon itu. 

   "Mama..." Lembut suara budak perempuan itu memecahkan kesunyian dalam gerabak ketika itu. Sebelah tangan menepuk-nepuk bahu ibunya.

   Telahan aku tepat, ibunya langsung tak mempedulikan panggilan anaknya itu. Budak itu kembali senyap, masih memandang ke luar tingkap dengan posisi sama seperti tadi.

    Rintik hujan mula singgah pada cermin tingkap itu. Gerimis mengundang. 

   "Mama... kenapa bila hujan, kita tak nampak matahari? Dia sembunyi kat mana? takut basah kena hujan ke?" Kali ini, budak perempuan itu dengan yakin menyapa mamanya dengan meletakkan kedua tangannya kepada muka mama, seraya menolehkan kepala mamanya itu ke arah cermin tingkap. 

  Telahan aku, yang mamanya akan marah, kurang tepat kali ini. Sambil tersenyum, mamanya menjawab soalan anaknya itu tadi.

   "Matahari ada je kat atas sana tu, mungkin sembunyi disebalik awan-awan gelap tu. Mungkin dia berehat kejap lepas penat bagi kita cahaya seharian. Nanti bila hujan dah reda sikit, dia keluar la balik. Kalau Ana bertuah dapat la tengok pelangi lepas tu..."

   Budak perempuan itu bersorak riang, dan menekupkan mukanya pada cermin seolah mahu bermain dengan titisan air hujan pada cermin tingkap itu pula. 

  "Ana nak tunggu pelangi keluar la!" Mamanya hanya tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepala.

   Apalah agaknya yang sedang dibayangkan budak itu ketika itu ya? Aku pula yang tersenyum, terhibur dengan keletah si kecil Ana tu.

    Selepas itu, bunyi guruh dilangit pun berdendang ria, berselang-seli dengan bunyi roda keretaapi bergesel dengan rel besi. Gerimis menjadi lebat. Cerah makin suram. Nampaknya mungkin matahari akan sembunyi lebih lama hari ini.

"Maaf dik, Abang rasa pelangi takkan muncul hari ini, teruslah berharap." 



----------------------------------------------------------------------

KiTA:  Last entry sebelum ni adalah pada bulan Disember tahun lepas. Terlalu banyak yang terjadi dalam hidup, terlalu banyak sangat waktu yang terluang tapi untuk singgah menaip disini nampaknya menjadi beban ketika itu. Terlalu banyak kata yang tak terluah walaupun dalam bentuk tulisan sekalipun.

*Ada sesuatu yang sedang aku usahakan sekarang dan berharap yang semua yang dilakukan ini berjalan dengan lancar dan dipermudahkan-Nya. InsyaAllah.