Penakut

Sabtu, 29 Disember 2012




CeritaPendek | "PENAKUT"
----------------------------------------------------------------------------------------------------------


Pagi itu seperti kebiasaannya. Keadaan dalam bilik itu agak berserabut dan tentunya bau yang agak aku benci. Bau hamis ubat-ubatan. Aku cuba menahan nafas. Tapi tak boleh, sesak. Aku pandang sekeliling keadaan bilik itu. Kiri ke kanan. Kanan ke kiri. Atas dan bawah. Takde apa sangat yang berubah bila aku datang ke sini tiga hari lepas. "Pemalas punya Doktor!" - Sekadar membebel dalam hati. Aku tersenyum bila Akak Sofea masuk ke dalam bilik itu.

"Apa khabar hari ni? Rasa sihat sikit tak?" Jika ada benda yang aku suka tentang tempat itu, sudah tentunya Akak Sofea ada dalam senarai teratas. Dia tak macam Nurse yang lain yang buat kerja 'janji-buat', dia sangat prihatin dan ambil berat - Sifat yang selayaknya ada pada setiap Jururawat.

Beberapa ketika selepas itu, Doktor pun masuk. Rutin seperti biasa. Aku perlu berbaring atas katil keras yang agak tinggi tu. Disuruh tarik-hembus nafas dan lain-lain. Rutin yang aku benci nak bagitau apatah lagi nak lakukan setiap kali ke situ. 

"Jangan macam ni, Adik nak sembuh cepat kan?" Suara halus Akak Sofea memang membangkitkan semangat aku setiap kali bila dia sedar aku sudah mula bosan dengan rutin itu. 

----------------------------------------------------------------------------------------------------------


"Esok pagi kita akan buat pembedahan tu, so mlm ni U kena puasa la k... Banyakkan bersabar dan bertenang, InsyaAllah semuanya akan ok..." - Doktor pesan dengan tenang tapi tidak setenang hati aku ni. Tangannya menepuk sebelah bahu aku. 

"Ok." - Berita 15 saat tadi agak sukar utk dihadam bagi aku yg baru 15 thn ni. 

"Adik jangan takut. Nak Akak call kan parent Adik tak?" - Akak Sofea cuba memujuk sambil dia mengiringi aku berjalan ke katil. Aku cuma menggeleng sebagai jawapan. Aku cuba bertenang. 

Uncle Man cuba untuk senyum saat aku melewati katilnya tapi aku tak mampu membalasnya, walaupun sekadar senyum tawar. Aku terus merebahkan badan aku ke tilam yang tak berapa empuk itu. Saat itu, rasa benci aku semakin membuak-buak tentang kesemua benda disekeliling. Katil dan tilam itu terutamanya, bau busuk ubat. Bunyi orang yang batuk tak berhenti-henti. Bunyi kipas di siling yang seperti mahu roboh. Semuanya. Dan yang paling aku benci adalah bunyi troli itu. Ianya berhenti ditempat aku. "Dik, jangan lupa makan ubat ni ye." 

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Malam itu. Sunyi. Sepi. Bunyi cengkerik seolah memekik; "Habislah kau esok, Habislah kau esok..." - Aku cuba bertenang lagi. Selimut putih yang agak keras dan berbau ubat itu aku tarik sehingga meliputi seluruh tubuh. Aku mahu lelapkan mata. Tapi bunyi cengkerik itu seolah tak mahu berhenti. Bingit. 

Aku gapai telefon yang terletak dihujung kabinet kecil disebelah katil itu. Tekan. 'Contact List: Abah'. Terlihat jam di dinding, 12.05. Terus aku padamkan telefon. 

"Abah kerja malam ni, mungkin tak dapat datang. Angah ok kan? Anak Abah kuat kan?" Fikiran melayang ke petang tadi bila Abah menelefon aku. 

"Ya, takpe, orang paham. Orang ok je." Tak aku tak ok sebenarnya, tapi memikirkan jarak antara Hospital ini dengan rumah aku agak jauh, aku tak mahu susahkan mereka untuk datang menjenguk aku tiap-tiap hari. Aku pegang kata-kata mereka yang aku kena kuat tempuh semua ni. 

Bunyi cengkerik itu semakin kuat. Seakan menyalak mengejek aku. Aku pejamkan mata semahunya. Gelap.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------


"Angah...Angah...!" - Aku kenal benar suara itu. Arghhh mimpi je ni... Tapi suara itu semakin galak memanggil dan terasa bdn aku digoyangkan. Aku buka mata. Dan aku meraung sambil memeluknya erat.

"Takpe Mama dan Abah ada kat sini, jangan takut ye. Angah kata Angah kuat kan?!" 

Aku memandang wajah-wajah disebalik pelukan itu, ada Abah, Uncle Man dan Akak Sofea; "Akak tahu Adik tak dapat tidur, Uncle Man ni bagitau Adik tak mau makan, dia dengar Adik menangis tadi." 

"Mama, Angah takut! Esok..." Belum sempat aku habiskan kata-kata tu, Mama mencelah,
"Takpe, Mama teman ye malam ni... Dah jangan risau... Kalau nak sihat, tak boleh selalu macam ni tau..."

Aku hanya mengangguk sambil mengesat air mata. 

"Eh tu ape tu? Macam sedap je...?" Uncle Man memecahkan suasana, aku pandang Abah memegang sesuatu. 

"Owh... ni ha, Murtabak yang Angah suka. Tadi Nurse kata Angah tak mahu makan kan, jadi Abah belilah. Ni Abah beli yang kat kedai yang Angah suka tu..." Dia berkata sambil memandang sekilas tray makanan yang tak berusik di atas kabinet hujung katil itu. 

Aku melepaskan pelukan Mama, lantas terus turun dari katil dan menuju ke sinki. Basuh tangan. Mereka hanya memandang pelik. Mama mengambil plastik itu dan membukanya, Semerbak bau Murtabak mengisi ruang bilik Ward itu, hilang beberapa saat bau ubat. "Yes! Ini yang aku mahukan!"

Belum sempat aku suakan kepingan kecil Murtabak itu, Akak Sofea menjerit dan merampas pinggan itu. "Dah ambil bau je ye... Awak dah lupa ke?" 

"Eh apa plak ni Kak... tengah lapar ni!!" Aku geram dengan tindakannya itu. "Kalau iye pun nak, minta la elok-elok!"

Akak Sofea memandang Abah. Kemudian Mama. "Astaghfirullahalazim.... Sori Nurse, mmg kami terlupa tadi... kelam kabut bila awak call tadi memang tak fikir apa dah..." Mama bersuara.

Malang. Memang malang. Aku perlu berpuasa malam ni. Punah harapan. 

"Hahahahahaha kalau macam tu, biar aku je la yang habiskan Murtabak yang sedap tu. Budak, kau baik tidur je la ye... Hahaha..." Aku sudah terbayangkan yang aku nak cabutkan aje wayar kat mesin tepi katil orang tua tu jap lagi bila dia tidur. Biar terseksa dia nak bernafas! Tak padan dengan sakit. Dah la tua! - Aku mengomel dalam hati. Sambil Mama hanya tersenyum dan menyuruh aku baring untuk tidur.

Akak Sofea seraya berkata, "Uncle ni dah la, jangan nak menyakat budak tu lagi, kesian dia... Uncle pun dah lupa ke apa pesan Doktor? Tak boleh makan makanan berminyak sangat. So, Murtabak ni, saya je la yang habiskan ye... Hehehe..."

Mereka semua tergelak. Aku pun sama, dan aku menjeling maut Uncle Man. "Padan muka!" Hahahaha

Dan saat itu, aku tak lagi dengar bunyi bingit cengkerik. 

----------------------------------------------------------------------------------------------------------


KiTA:  Ayat klise "Jangan takut, mesti kuat. Nanti cepatlah sembuh" tu dah lali dan muak Aku dengar. Tapi sebenarnya ayat itulah yang membakar semangat untuk teruskan hidup. Dan ya, dulu aku sangat bencikan Hospital. 



SALAM

Khamis, 29 November 2012

Assalam,

Haish... Tabiat lama datang lagi. MALAS. Ok, lebih tepat lagi bukan tabiat lama tapi memang tabiat aku selama-lamanya (*kot). Soalan tipikal, "Macam mana nak buang tabiat malas ni?". Kalau google cuba tengok apa yang keluar? haha perlu ke sampai begitu.

Kembara Destinasi
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Perenggan kata alu-aluan kat atas gambar tu (dengan gambar jejaka-muka-blurr berasap hijau kat atas ni) sebenarnya adalah tulisan entry asal yang sepatutnya aku publish hampir setahun-setengah atau dalam bahasa skematiknya, SATU (1) TAHUN ENAM (6) BULAN yang lalu. Tetapi sengaja aku perapkan dalam draft sehingga saat aku menaip perenggan baru ni (yang berpotensi bakal menjadi karangan yang sangat panjang).

Oh tak perlu tanya kenapa, sebab bukan ada sangat orang yang nak ambil-tahu kan? tapi takpe, aku tetap nak cerita juga, walaupun aku sangat pasti yang aku sendiri je nanti yang akan baca balik benda-benda ni. Sadis.

Hampir setahun setengah terperap, blog ini masih wujud sebenarnya (gaya bagitau macam orang femes ramai follower ni! hahaha), cuma aku saja private-kan. Aku akan log-in account Blogger ni bila terasa mahu tengok update/entry terbaru blog orang yang aku follow. Semata-mata itu atau sekadar mengisi masa yang lapang (walaupun aku rasa aku memang punya banyak sangat masa lapang). Aku banyak habiskan masa-masa lagho tersebut dengan termenung mengadap Facebook. Lebih-lebih lagi bila ada antara blog yang aku follow pun memang dah ada Facebook page mereka sendiri, so senang la aku nak tau yang mereka ada update entry ke apa kan, tanpa perlu nak log-in account ini. 

Tiada semangat mahu meneruskan apa yang pernah aku lakukan ni semenjak percubaan pertama pada tahun 2009 seakan gagal. Terasa agak poyo disitu. Apalah sangat yang aku dah buat sampai nak kata gagal plak ni kan? Kalau tengok balik entry pertama aku (sebelum ni) adalah pada bulan 11/2010 (2 tahun lepas). Aku dengan sengaja telah men-delete-kan hampir kesemua entry yang dulu. Bila aku baca balik apa yang dah aku post kat sini (entry asal yang lama dulu), rasa geli (1), rasa menyampah (2), rasa sedih (3), rasa macam "Euwww apa yang dah aku buat ni?!" (4), rasa macam "Jadahnya yang aku melalut-merapu ni?!" (5), rasa macam "Like, seriously? Betul ke aku yang taip semua ni?!" (6), dan bermacam-macam rasa lagi lah kan. Hahaha 

Bukanlah apa, cuma aku terfikir balik kenapa aku create menatang ni at the first place dulu. Apa sebenarnya tujuan aku ada kat sini? Mari kita selidiki persoalannya sama-sama:

  • Sebab aku banyak sangat masa lapang nak mengadap skrin komputer lama-lama, menaip keletak-keletuk kat keyboard ni ke? Atau;
  • Aku memang suka dengan apa yang aku buat ni ke? Atau; 
  • Sekadar suka-suka nak share cerita dengan orang lain (konon-konon) ke? Atau;
  • Sengaja ikut kawan/orang lain yang ada blog sendiri? (Follow trend-remaja-masa-kini la tu konon);
  • Atau, atau, atau dan atau........ (fill in the blank)......

Macam yang dah aku bagitau tadi sejak aku dah habis study dan sekarang bila dah bekerja, tumpuan aku (di alam maya/media sosial) kebanyakannya dihabiskan termenung di Facebook. Twitter? Ya, aku ada akaun Twitter tapi aku macam tak dapat nak in sangat dengan menatang burung tu. Well, such a lame person kan aku ni? haha. Aku ni bukannya jenis follow hype sangat walaupun semua orang sekarang sebok nak ada menatang tu, tapi "Like I care la plak kan?!" Orite, yang pasal tu nanti-nantilah kita cerita, supaya tak terkeluar dari landasan, mari kita fokus kepada point asal ye. haha.

Sebenarnya, bila aku baca balik post entry lama aku tu (circa tahun 2009-2010), aku rasa sangat tak matang (tak jumpa perkataan yang sesuai). Betol, ketika itu adalah antara jangka waktu yang sukar untuk aku tempuh. Macam-macam yang dah jadi masa tu buatkan aku terfikir aku perlukan sesuatu untuk aku ekspresikan apa yang aku rasa ketika tu. Seorang kawan dengan sengaja telah me-recommend-kan aku untuk create blog sendiri. Dan aku guna blog tu sebagai medium untuk aku meluahkan perasaan, kononnya macam 'catatan-diari-harian' la kan. So masa tu post entry yang biasa kelihatan adalah keluhan-depressi seorang Aku. Contohnya seperti; menaip/kopi-pasta lirik lagu sedih, sajak buatan-otak-sendiri yang tentunya bergenre melankolik dan yang seumpama dengannya, eh tak lupa dengan post lagu-lagu sedih juga. Hahaha ok, aku terasa geli. Aku mengaku yang aku ni adalah orang yang punya mood yang tak menentu, mood-mudah-swing, bukanlah sensitif sangat tapi pepaham sendiri la. Tengok, dah swing mood marah plak ni.

As time goes by, bila dah meningkat usia ni (bukan tua), aku menjadi semakin matang (kot) dan mungkin cara aku berfikir dah tak sama lagi macam apa yang aku fikirkan ketika aku mula-mula create blog ni dulu. Aku perlukan sesuatu yang baru, maksud aku cara aku ekspresikan apa yang aku rasa melalui tulisan kat sini. Dan sebenarnya aku rasa aku perlukan peberubahan, bukan sekadar perubahan yang bakal berlaku dalam hidup aku nanti (yang ni pun nanti aku akan ceritakan lain kali). Tujuan aku kat sini perlu lebih daripada sekadar 'catatan-diari-harian' sahaja. Bukan lagi sekadar post sajak buatan-otak-sendiri yang melankolik je memanjang ataupun kopi-pasta info-info daripada website lain (pastu bagi kredit la konon-konon) ataupun sekadar tepek gambar syok-sendiri.

Seseorang kawan di FB pernah tegur aku; "Ko tau tak bro, aku cam tunggu-tunggu kau post status baru kat FB ni. Sebab kau punya status tak macam orang lain..." Aku tanya la dia, apa yang lainnya kan, dan dia bagitau, "Sebab status kau macam dramatik sikit, rasa seronok nak baca!" Dush! Rasa macam nak terjun bangunan plak bila dia bagitau camtu. hahaha... Dan lepas tu aku terfikir yang aku perlu sambung balik menaip kat sini. Itu pun kalau ada masa lapang la kan.

Jadi dengan mengambil aura-semangat Bulan Hijrah ni; Ini adalah beberapa perancangan aku dalam merancakkan kembali arena blog ini yang telah di-rebrandingkan (wah...) ;


  1. Share cerita daripada pengalaman aku sendiri serta-atau keadaan/situasi sekeliling (mengikut persepsi aku);
  2. Macam biasa, aku akan kopi-pasta quote yang aku rasa tertarik dan menarik untuk dikongsi, tak kisah daripada Filem, Drama, Buku atau apa-apa medium yang boleh di-quotekan la. (Maaf aku takkan buat review ke ape ke, aku tidak bagus dlm hal itu, #HarapMaklum.);
  3. Ini yang lain sikit; Aku juga berhajat mahu start publish/share beberapa short-story-cerpen-ala2-novel-bersiri yang memang dah lama aku simpan beberapa tahun kebelakangan ni.;
  4. Kalau dah takde idea sangat opkos la aku akan share "Catatan-Diari-Harian" disebabkan aku ni bukanlah rajin-hebat-pandai sangat nak bagi fakta-info menarik, kalau nak tahu info, lebih elok kalau kalian menjenguk ke blog lain yang berkenaan ye atau tanye je LebaiGugel. So pepaham la kan. :P
  5. ........... (Isi tempat kosong) ...........


Perlu diingatkan juga (Disclamer la konon-konon), ini adalah blog persendirian, dan aku ni manusia-remaja-tipikal, so memang takkan lepas daripada post benda-benda merapu-merepek, mengikut arahan serta persepsi kepala otak picisan "ikot-suka-suki-hati-aku".

OK sudah cukup mukadimah sepanjang ini, walaupun kurang orang yang mahu baca tapi aku puas menaip begini, walaupun sebenarnya aku sedang melalut. Sehingga ketemu lagi! InsyaAllah. TRIMAS kepada yang sudi membaca. :)

KiTA: Tajuk post entry ini adalah sangat simbolik & ironik, jika diterbalikan huruf-hurufnya. SALAM.