Nama

Isnin, 25 Februari 2013


Bila berkenalan dengan seseorang; "Hai saya Khairil".

"Oh hai Khairil!" Respon daripada orang tersebut. 

Dan setelah berbual beberapa ketika, bila tiba waktu nak berpisah, begini pula terjadi; 
"Ok, bye ye Khairul"

Tiba-tiba nama aku dah bertukar jadi lain pula. haha

Ini cerita tentang nama aku. Bukan kisah perkenalan aku dengan seorang gadis atau sesiapa. Kalau bab itu mungkin aku akan ceritakan di post yang kemudian. Mungkin. 

Ok berbalik kepada cerita nama aku ni. Bukan nak cerita maksud disebalik nama aku atau kisah-sejarah macam mana Abah dan Mama aku dapat-bagi nama aku ni ke apa, bukan. Ini kisah nama panggilan aku. (Kisah la sangat kan...)

Serius aku dah lali dengan kes tertukar-salah sebut nama aku ni. Alkisahnya; secara khususnya nama aku seperti yang tertera dalam Kad Pengenalan Malaysia, mempunyai Tiga (3) patah perkataan dan jika campur 'Bin' dan nama Abah aku ianya akan berjumlah sebanyak (eh ke sepanjang?) Enam (6) patah perkataan. Eh bukan suku kata ye, kalau kira bab itu mesti lagi panjang nama aku! Nama aku ada semacam gelaran la di bahagian depan, semua adik-beradik (dan sedara belah Abah) aku ada nama depan yang sama tak kira lelaki atau perempuan memang nama depan tu sama je semua. 'Family Name' la lebih kurang kot. Terus terang aku tak suka orang tahu nama depan tu, so bila orang tanya nama penuh, aku akan bagitau nama tanpa nama bahagian depan tu. Ok sekarang aku baca balik perenggan ni pun aku dah pening! Hahaha (Alamak tercerita pasal nama aku sendiri la pulop, oh takpe kena cerita salasilah serba sedikit baru clear sikit kot. Kot la)

Dan jika melibatkan hal-hal kerja atau pendaftaran apa-apa (yang tak memerlukan nama penuh macam dalam kad pengenalan) aku akan letak 2 nama aku yang terakhir dan nama Abah aku, so akan jadi 3 perkataan gak la (Still panjang) macam aku bagitau tadi, nama tanpa nama bahagian depan (Haaa pening kan? kan? dah boleh stop baca kat sini kalau malas nak sambung baca bahagian selepas ni) Hahaha. 

Bila aku perkenalkan diri dalam sesi "ice-breaking" dengan orang yang baru aku jumpa/kenal pula, aku akan sebut nama aku yang tengah. Aku memang selesa dipanggil dengan nama tengah aku tu. Walaupun semua adik-beradik Lelaki aku berkongsi nama tengah yang sama ni. Ok camni; Dua (2) bahagian depan nama kami adik-beradik Lelaki adalah sama, contoh; 'Ahmad Khairil', so Kalau nama aku 'Ahmad Khairil Azam', nama adik aku pula 'Ahmad Khairil Azim' dan. dan. dan. So practically, nama sebenar kami hanyalah di bahagian ketiga/akhir tu. Contoh, 'Azam', 'Azim' - itu semua nama contoh, bukan nama sebenar ya. Faham tak? kalau tak mahu paham boleh stop baca kat part yang ni pun ok weh! 

Tapi aku ni mengada-ngada sikit, aku tak berapa berkenan sangat dengan nama akhir aku tu, (aku tak tahu la, Mama kata Abah yang letak nama tu dulu). So aku suka di panggil dengan nama yang tengah macam contoh kat atas tu; 'Khairil'. Jangan tanya kenapa aku tak suka nama akhir tu! (Kawan-kawan yang rapat dengan aku mungkin tahu kenapa). Rupa-rupanya adik-adik lelaki aku yang lain pun kat sekolah cikgu-cikgu/kawan-kawan diorang ada yang panggil diorang nama yang tengah tu juga. So kekeliruan terjadi bila ada orang datang rumah cakap nak jumpa 'Khairil', kami semua akan terkeluar serentak la kan. Hahaha. 

Secara umumnya pula, daripada kecil sampai sekarang, aku memang dikenali dengan beberapa nama yang semestinya bukan nama aku sebenar. Nama panggilan. Ya, aku rasa korang sekalian pun mesti ada nama panggilan masing-masing kan? Keluarga panggil korang nama lain, Kawan-kawan akan panggil nama lain, Sedara-mara pun kekadang panggil nama yang lain, kat ofis tempat kerja pun ada nama panggilan yang spesifik dan. dan. dan. Walaupun korang pada mulanya tak berkenan sangat dengan panggilan tu tapi bila dah selalu disebut-panggil terus nama tu terlekat. Memang ada beberapa nama panggilan daripada zaman kecil hingga sekarang yang aku tak suka (selain nama akhir aku tu), tapi apa boleh buat, berapa kali bagi warning pun tetap juga mereka panggil nama yang mereka suka. Ya. Aku pasrah sahaja. Lama-lama jadi lali dan terbiasa walaupun nama panggilan itu macam eeeuuwwww gelinyeww hahaha.

It's just a name, apa ada pada nama kan? - eh ini bukan ayat penutup! Ada lagi nak taip-membebel ni. Al-maklumlah entry aku ni sebulan sekali je keluar. So kira macam eksklusif la kan. Poyo betul, padahal takde orang baca pun. Aku taip sendiri then aku sendiri yang akan baca. Lantaklah kan. Ini belog aku yang punya! bak nama blog Hanis Zalikha "inibelogsaya" (oh tidak, bukan promote blog blogger cun-comel tu). Cukup sudah merepek. Kepada yang sudi baca tu, let's move to the next paragraph. (speaking uols) haha.

Berbalik kepada kisah nama tu, sebenarnya idea tu semua dah hilang dek perenggan merepek kat atas ni. So begitulah kisah tentang nama yang tak berapa ber-nama sangatlah kan.

Beberapa orang pernah berkata kepada aku; "Bila kau ada anak nanti, ic anak kau mesti tak muat nak letak nama kau, sebab nama kau je pun dah panjang!" - Aku hanya tersenyum dalam hati bersyukur terkenangkan Abah dan Mama yang bagi nama cantik macam aku ada sekarang ni, mereka tu jeles la tu parent diorang bagi nama pendek! hahaha 

Ha idea dah datang balik. Zaman sekolah dan kolej, orang panggil aku guna short-form je, gabungan 3 huruf pertama nama aku tu. Alkisahnya sebab tandatangan/initial ringkas aku memang aku create dengan menggunakan 3 huruf tersebut. Masa zaman kanak-kanak dulu pula, aku teringat ada seorang Pak Cik ni panggil aku "Budak Hitam" sebab aku dulu berkulit gelap. Itu ok la boleh terima. kot. Tapi, dalam banyak-banyak nama panggilan, yang paling aku benci adalah nama panggilan di tempat aku berkerja sekarang ni. Sumpah tak suka! Tapi dah melekat sampai sekarang, semua orang panggil nama tu. (klu: nama panggilan untuk kanak-kanak lelaki) damn. Sadis betol.  :(

Ok dah terus hilang mood nak cerita lagi dah bila teringatkan nama tu. Hahaha. - Ini penutup aku. 
Sekian, Terima Kasih. 

KiTA: <--- Ini pula adalah gabungan huruf yang ada dalam nama aku. Kalau nak tahu la kan. Kalau tak nak tahu takpe, abaikan je. :)