Ketentuan

Selasa, 30 Disember 2014





"Weh kau update la blog slalu. Letak gmbr byk2... gmbr2 kt sana..."

"Blog? Aku update ikut mood kot heheh... Kelmarin baru update rasanya..."

"Pasal aku bca smlm la yg aku suruh kau update. Kan kau ada tulis ada ke orang yg nak baca ke apa ntah..."


Dialog diatas tu adalah perbualan whatsapp aku dengan seorang rakan. Masa tu aku masih kat Melbourne dan sedang berkira-kira dan konon berada dalam dilema, nak balik Malaysia ke tak.

Niat nak update blog tu memang ada, memang banyak cerita yang nak diceritakan yang rasa macam nak share. Tapi tu la kan, nak kata malas, ya. Nak kata takde masa, ya juga. Nak kata lupa pun ya juga. Terlalu banyak peristiwa dan pengalaman yang yang dah aku lalui, sampai aku rasa macam; 'biarlah... just let it be, feel the moment' konon. Walaupun ada planning nak update nanti. But then, nanti-nanti tu jadi sampai tak menjadi. Cukup sekadar ambil gambar share kat Instagram dan Facebook je. Entry haritu, aku kata takde sapa peduli takde sape kesah pun, well sekarang at least aku tau la ada juga yang sudi jengah ke sini kan. Thanks kawan. (You know who you are.) *terharu*

Alkisahnya, dah hampir sebulan aku kat Malaysia sebenarnya. Ya, aku pulang juga akhirnya.

"Eh awalnya kau balik... macam baru lagi je kau fly haritu kan?" - Ayat konon terkejut orang-orang yang aku jumpa termasuklah kawan-kawan dan sedara-mara. Ya betul, memang awal pun. Kalau ikutkan memang aku plan nak balik lepas setahun stay sana tapi tu lah kan, kita ni hamba yang mampu merancang je kan? Konon. Selain daripada soalan pasal balik awal tu dan pasal minta souvenir, aku rasa macam dah jenuh nak mengadap beberapa sesi interview orang ramai yang sibuk tanya itu-ini pasal aku kat negara Mat Saleh tu. Poyo je. Cakap pasal poyo, ada beberapa awkward moment yang aku alami semasa berada kat sini, contohnya; terkial-kial nak bawa motor kat jalan, nak guna kad myki (kad pass train) kat gate LRT, nak tekan button untuk buka pintu LRT yang padahal takde button tu, dan yang paling tak bleh bla aku banyak kali tersasul sebut Dollar instead of Ringgit.

"Baru 6 bulan kat sana dah camni gayanya, kalau 6 tahun nanti camne la gamaknya! Poyo je kau ni!" - Selar seorang rakan.

Berbalik kepada perbualan mula-mula di atas tu, aku contact dia haritu sebab nak tanya pasal trip by train daripada selatan ke utara semenanjung Malaysia. Alkisahnya sebenarnya trip by train ni memang dah jadi impian aku sejak zaman kolej dulu. So bila aku huhahuha berkicau konon nak buat trip ni dulu, ada la kawan yang nak join. Tapi, macam yang dah aku mentioned kat perenggan atas tu soal merancang bagai tu la (tak nak ulang ayat sama. haha.) Trip tu tak menjadi, sejak zaman kolej, membawa kepada masing-masing dah buat haluan sendiri dengan ada yang sibuk dengan kerja apatah lagi yang dah menikah dan mempunyai anak.

Kononnya sebelum aku balik Malaysia, aku dah buat to-do-list aku punya aktiviti sepanjang summer break ni la. Daripada nak update resume/portfolio, upgrade skill sketching guna wacom, kemas file/data dalam external hard disk, buat 2-3 job freelance serta yang paling aku excited; travelling. Hampir sebulan dah aku kat tanah tumpahnya darahku ni, semuanya belum pun terlaksana dengan jayanya sebab masa aku banyak dihabiskan depan lappy mengadap movie-movie yang semakin banyak aku download jadi koleksi. Memang tak productive langsung. Travelling tu plak aku rasa trip aku hanyalah ulang-alik KL - KB je.

Pulang ke Kota Bharu, perkara yang paling aku suka adalah; Makan. "Angah nak makan apa?" - Itu ayat Mama yang aku tanpa segan silu jawab dengan menyenaraikan nama-nama masakan kegemaran aku macam baca menu kat restoran. Walaupun nampak penat, Mama tetap masakkan juga apa yang aku mahu. *Terharu* Mama sekarang jaga 2 orang anak orang (sedara aku juga sebenarnya), yang berumur 3 tahun dan seorang lagi, 7 bulan (gambar di atas). Oh, dua-dua tu muka macam cina, yang kalau aku dukung dan usung dorang ni ke mana-mana, orang sekeliling akan tanya; "Anok ko tu Abe weh?!" heh.

Seperti yang semua orang sedia maklum, tragedi banjir besar telah melanda negara kita di hujung tahun ni. Musim Monsun kali ni dilaporkan paling teruk dalam sejarah negara. Hujan yang kerap dan lebat sepanjang aku di Kota Bharu membuatkan pertanyaan rutin setiap tahun berulang soal banjir ke tak, dijawab dengan yakin;

"Kalau banjir pun biasalah, musim dia dah kan hujung-hujung tahun ni kan..."

Itu respon Mama aku. Ya betul, memang sekarang dah memang musim banjir seperti yang negeri-negeri di Pantai Timur Malaysia alami saban tahun. Tapi siapa sangka, ianya bakal menjadi seteruk dan sedasyat seperti apa yang telah melanda sekarang ni? Tragedi. Alhamdulillah, walaupun rumah Mama aku tak dinaiki air dan kawasan kampung nenek aku yang tenggelam teruk, semua ahli keluarga dan saudara-mara aku selamat.

Ketika hari air banjir mula bah, aku pergi ke KL atas beberapa urusan yang telah dirancang daripada awal. Bila tiba di KLIA2, Tiba-tiba bertalu text masuk daripada rakan-rakan bertanya keadaan aku dan family di KB, aku jadi cuak. Rupanya dah gempar berita banjir semakin teruk melanda Kelantan dengan beberapa kawasan telah terputus hubungan. Call Mama, dan ini respon yang aku dapat;

"Rugi mu dah g KL, kalau tak doh boleh main air dah kat sini!"

Kemaen happy naw bunyi suara orang tua tu. Beliau tak nak aku risau mungkin.

Sampai perenggan ni, aku scroll ke atas balik. "Apa yang aku merapek panjang-panjang ni?" Getus hati aku. Konon. Ye la, mula-mula tadi memang takde idea, so nak update post pendek je, konon ala-ala post entry terakhir 2014. Sudahnya kemaen panjang naw aku menaip. Dah pukul 3:15am pun.

Semalam waktu begini aku dapat text whatsapp dari adik aku kat KB; "Banjir dah surut." Alhamdulillah.

Nampaknya, tirai 2014 ditutup dengan sebuah lagi tragedi. Selain banjir, kita diuji dengan nahas pesawat Air Asia QZ8501. Tahun Tragedi buat Malaysia dengan beberapa bencana alam dan nahas kapal terbang yang besar. *Dah macam laporan berita*


"Tahun ni tahun tragedi Malaysia kan? daripada MH370, MH17, kemarau, ribut bagai.. lepas tu sebelum tragedi banjir ni apa je lagi tragedi yang besar?" Soal seorang kawan yang aku give up malas nak jawab dan akhirnya dengan yakin dia jawab;

"Bila Malaysia kalah AFF Suzuki Cup haritu!" Fuhh memang tragedi gak tu. Lol.

Aku reply;

"Aah kan... kita macam dah nak hampir pasti menang... semua orang yakin betol yang kita memang boleh menang time tu tapi...."

"Ketentuan Tuhan, bro..." Kawan aku tu terus mencelah.



KiTA:  "Kau balik je, macam-macam bencana..." - Ayat chat dgn seorang rakan di Sweden. Dia jeles la tu sebab tak dapat balik Malaysia. Siapa suruh kerja jauh-jauh. Dok diam kau sana main salji. Hahaha...


p/s; Carca marba betul entry kali ni ya? macam banyak pulak dialog perbualan ye? haha...
     

Selamat Tinggal 2014, 

Selamat Datang 2015!